Assalamualaikum wbt.
Nak mula azam baru.
Rugi rasanya tk berkongsi apa yang saya belajar dari usrah saya pagi tadi.
Sedangkan byk bahan2 yg dpt drpd usrah, semuanya bermanfaat..
Apa kata kita mulakan? Bismillahirrahmanirrahim..
Usrah pd tadi disampaikan oleh Ija.
Beliau menyampaikan beberapa kisah bulan Muharam dan kisah Tahun Islam itu sendiri.
Tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan bulan ke-12 atau bulan terakhir ialah Zulhijjah.
Bila bermula perkiraan atau Sistem Tahun Islam ni?
Saidina Umar yang mencadangkannya. Dia juga lah yg memutuskan Tahun Hijrah bermula dgn bulan Muharam, iaitu selepas org2 Islam melakukan ibadah Haji dan korban pada bulan Zulhijjah.
Dan Tahun Pertama Hijrah dimulakan bersempena dengan persitiwa Hijrah Nabi s.a.w. dan org Islam ke Yathrib yg berlaku pd bulan RabiulAwal *sila take note.
Yg ni la sebelum ni saya ada salah tanggapan. Saya ingat, Nabi berhijrah dlm bulan Muharam. Bukan nak salahkan lagu, tapi korang ingat tk lirik lagu Hijrah tu?
'satu muharam detik permulaan'
'perkiraan tahun islam hijrah'
'dan perpindahan nabi dan umat Islam'
'dari kota mekah ke kota madinah'
Haaaaaa, mcm mana ni? Hihi. Sebenarnya, bukan lah begitu kan. Saya harap yg mana tersalahfaham pun boleh dpt perbetulkan insyaAllah.
Antara amalan yg boleh dibuat dlm bulan Muharam mengikut cadangan Rasullullah ialah berpuasa pd hari Assyura. Kisah dia bermula, bila Nabi tiba di Madinah (Yathrib), Nabi telah melihat org2 Yahudi berpuasa pada 10 Muharam.
Jadi, Nabi bertanya, kenapa kamu berpuasa pada hari tersebut (10 Muharam)?
Mereka menjawab, kami berpuasa kerana pada hari inilah Nabi Musa diselamatkan daripada Firaun (kiranya mcm melahirkan rs syukur sbb kaum dan agama mereka terselamat)
Orang Islam lagi berhak daripada Yahudi, mcm tu lah lebih kurang respond Nabi. Yelah, Yahudi/Israel kan hanya membenarkan Taurat shj dan menolak Al Quran dan Muhammad sebagai Nabi terakhir. Walhal, apa yg mereka percaya itu (iaitu Taurat) dtgnya drpd Allah, dan Nabi Muhammad meneruskan apa yg didakwahkan oleh Nabi Musa dahulu...
Maka, Nabi Muhamad pun menyarankan kita umat Islam untuk berpuasa pd 10 Muharam dan untuk membezakan dengan amalan Yahudi, Nabi telah menyarankan untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharam.
Wallahualam....
Juga hati2 dgn hadith2 palsu dan amalan2 bidaah ya kawan2. Saya pun masih mencari2/ masih belajar dlm bab ni.
Byk kali kita dgr, hidup lah berpandukan Al Quran dan Sunnah untuk tidak tersesat.
Setiap benda baik, mmg baik. Tapi, berhati2 lah supaya kita tk dikatakan meng-ada adakan amalan yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad saw. Itu bidaah.
Pernah dgr kisah Malaikat Jibrail yg menahan umat Nabi Muhammad drpd minum drpd telaga Kauthar akhirat kelak? Walaupun umat ini dpt dikenal dgn anggota badannya yg bercahaya kerana wudhu, tapi oleh kerana amalannya yg mengamalkan bidaah, umat ini ditahan drpd minum... Wallahualam...
Friday, November 9, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)